Wednesday, February 19, 2014

I'm back

Dah bersawang, berhabuk blog aku.
Last update 9 bulan lepas, kalu mengandung mungkin dah tunggu hari nak bersalin je ni.
Tetiba aku rasa nak menulis balik kat blog, sebabnya...byk sebab.

Dalam tempoh 9 bulan ni, byk la benda jadi dalam hidup aku.
Tahun 2013, tahun yang tak berapa nak sihat. Sakit je sepanjang tahun.
Asik berulang alik pegi hospital je.

Tahun lepas jugak, adik aku bertunang dengan pilihan hatinye.
Orang Pahang jodoh dia.

Tahun 2014
Adik aku baru je kawen 2/2/2014 yang lepas.
Alhamdulillah...bertambah sorang lagi ahli keluarga Tok Razak.
Aku ingat tahun 2014 ni aku dah tak sakit, rupanya datang penyakit lagi
Hypertension...seriously???
Baru nak masuk 30 tahun.
Tapi aku tak start on medication lagi. Aku minta Dr. bagi masa kat aku untuk tueunkan berat badan
Ye la, aku ni dah skit lagi nak berat mcm new born baby ( read: baby gajah/badak).
Lagipon masa aku gi check darah haritu, lepas kenduri
Of cos darah naik sebab byk drama masa kenduri, rehat tak cukup, melantak macam tiada hari esok bagimu.

So aku pon cari la alternatif nak turun kan blood pressure ni
Diet - makan beras perang + lauk rebus2, makan byk buah-buahan , makan bawang putih (sikit lg aku ni nak bau mcm waiter As Salam )
Kurangkan stress - beli buku mewarna, beli colour pencil, konon2 mcm bila mewarna boleh relax, hilangkan stress.
Dan ada lagi alternatif lain yg aku malas nak poyo2 tulis byk2 kang end up darah aku dok tahap tu jugak
Rekod tekanan darah aku paling tinggi setakat ni 155/95 mmg, paling rendah 131/89 mmg. macam mak cik yg dah umur 50 taun.
 Tgk la seminggu dua lg macam mana.Kalau boleh aku ni tak nak la telan ubat darah tinggi di usia baru nak cecah 30 taun ni. Kang sepanjang hayat kena makan. Nauzubillah....

Aku ni dah la berketurunan darah tinggi..ko sebut je dalam keluarga aku yg besar2 tu..sape yg tak de darah tinggi?? Arwah mak aku? Arwah nenek Aku? Mak sedara aku? Semua tu pemegang rekod darah tinggi yang cemerlang tu.
Nak salahkan sape pon tak tau.....darah tinggi yg diturunkan kat aku, kot la turunkan darah bangsawan ke kat aku, okey la jugak. Sekufu la jugak dgn Tengku Adam Kamil. Ye, aku dah in love dgn Tengku Adam Kamil, tapi mesti dia tak mo kat aku sbb aku kerani je, x cantik pulak tu. Kihkihkih..

Ni aku menulis balik ni pon, kunun2 mcm nak bg ade alternatif aku nak lampiaskan perasaan aku.
Ye la, aku ni kdg2 tetiba jadi emo sorang2..tak tau nak cakap kat sapa. Jadi aku cakap la kat blog ni. Bolehkan blog??
Adek aku pon dah kawen, mesti dia pon malas nak layan lara jiwa emosi terganggu aku ni.
Jadi dari dok burden dia bg dengar masalah keluh kesah hati lara kecewa emosi terganggu meroyan aku ni, aku biar la jari jemari dompot aku ni je yg menulis bait bait pilu catatan hidup aku..cewah..sikit lagi dah nak macam penulis novel cinta, Benggali Karpet Itu Suamiku.

Dah la..letih jari dompot aku ni menaip..esok2 kalu rajin aku mengarang lagi.
Tu pon kalu aku rasa mcm emosi aku stabil, tak kelaparan (org diet ni emosi x stabil sgt kalu lapar).
Sadaqallahulazim...