Dah bersawang, berhabuk blog aku.
Last update 9 bulan lepas, kalu mengandung mungkin dah tunggu hari nak bersalin je ni.
Tetiba aku rasa nak menulis balik kat blog, sebabnya...byk sebab.
Dalam tempoh 9 bulan ni, byk la benda jadi dalam hidup aku.
Tahun 2013, tahun yang tak berapa nak sihat. Sakit je sepanjang tahun.
Asik berulang alik pegi hospital je.
Tahun lepas jugak, adik aku bertunang dengan pilihan hatinye.
Orang Pahang jodoh dia.
Tahun 2014
Adik aku baru je kawen 2/2/2014 yang lepas.
Alhamdulillah...bertambah sorang lagi ahli keluarga Tok Razak.
Aku ingat tahun 2014 ni aku dah tak sakit, rupanya datang penyakit lagi
Hypertension...seriously???
Baru nak masuk 30 tahun.
Tapi aku tak start on medication lagi. Aku minta Dr. bagi masa kat aku untuk tueunkan berat badan
Ye la, aku ni dah skit lagi nak berat mcm new born baby ( read: baby gajah/badak).
Lagipon masa aku gi check darah haritu, lepas kenduri
Of cos darah naik sebab byk drama masa kenduri, rehat tak cukup, melantak macam tiada hari esok bagimu.
So aku pon cari la alternatif nak turun kan blood pressure ni
Diet - makan beras perang + lauk rebus2, makan byk buah-buahan , makan bawang putih (sikit lg aku ni nak bau mcm waiter As Salam )
Kurangkan stress - beli buku mewarna, beli colour pencil, konon2 mcm bila mewarna boleh relax, hilangkan stress.
Dan ada lagi alternatif lain yg aku malas nak poyo2 tulis byk2 kang end up darah aku dok tahap tu jugak
Rekod tekanan darah aku paling tinggi setakat ni 155/95 mmg, paling rendah 131/89 mmg. macam mak cik yg dah umur 50 taun.
Tgk la seminggu dua lg macam mana.Kalau boleh aku ni tak nak la telan ubat darah tinggi di usia baru nak cecah 30 taun ni. Kang sepanjang hayat kena makan. Nauzubillah....
Aku ni dah la berketurunan darah tinggi..ko sebut je dalam keluarga aku yg besar2 tu..sape yg tak de darah tinggi?? Arwah mak aku? Arwah nenek Aku? Mak sedara aku? Semua tu pemegang rekod darah tinggi yang cemerlang tu.
Nak salahkan sape pon tak tau.....darah tinggi yg diturunkan kat aku, kot la turunkan darah bangsawan ke kat aku, okey la jugak. Sekufu la jugak dgn Tengku Adam Kamil. Ye, aku dah in love dgn Tengku Adam Kamil, tapi mesti dia tak mo kat aku sbb aku kerani je, x cantik pulak tu. Kihkihkih..
Ni aku menulis balik ni pon, kunun2 mcm nak bg ade alternatif aku nak lampiaskan perasaan aku.
Ye la, aku ni kdg2 tetiba jadi emo sorang2..tak tau nak cakap kat sapa. Jadi aku cakap la kat blog ni. Bolehkan blog??
Adek aku pon dah kawen, mesti dia pon malas nak layan lara jiwa emosi terganggu aku ni.
Jadi dari dok burden dia bg dengar masalah keluh kesah hati lara kecewa emosi terganggu meroyan aku ni, aku biar la jari jemari dompot aku ni je yg menulis bait bait pilu catatan hidup aku..cewah..sikit lagi dah nak macam penulis novel cinta, Benggali Karpet Itu Suamiku.
Dah la..letih jari dompot aku ni menaip..esok2 kalu rajin aku mengarang lagi.
Tu pon kalu aku rasa mcm emosi aku stabil, tak kelaparan (org diet ni emosi x stabil sgt kalu lapar).
Sadaqallahulazim...
My Bittersweet Life
- Life is combination of the bitter and sweet
Wednesday, February 19, 2014
Wednesday, April 24, 2013
Tetamu comel di pagi hari
Pagi-pagi lagi rumah dikunjungi tetamu yang comel. Nak kata rumah berhampiran dengan hutan simpan ke, pet farm ke tak jugak. Tapi pagi2 lagi rabbit comel ni dah datang bertandang rumah kat rumah aku. Rabbit ni mesti ada tuan sebab bulu dia fluffy dan bersih. Ada luka sikit kat badan dia. Kesian dia...
Rumah aku ni mmg banyak haiwan suka lepak. Tapi haiwan yang comel2 belaka la. Kadang2 tupai, kucing tu jgn cakap la...mmg port dorang lepak kat umah aku ni siap boleh buang bayi kat umah aku (read : bayi kucing). The latest, rabbit comel ni. Lpas ni tgk pulak la spesis apa nak lepak umah aku, monyet ke, ungka ke, orang utan ke, rusa ke, pelanduk ke..mungkin boleh jadi santuari la kawasan umah aku ni.
Agaknye haiwan2 ni nampak umah aku ni macam habitat asal dorang sebab.........
Memamg dah mcm habitat asal dorang pon...dah lama tak potong rumput. Nak suh bangla potong, aku kedekut..mahal kemain..30 hengget. Baik aku gunting sendri. Cuma belum rajin lagi nak menggunting sbb skarang cuaca tak menentu, Petang hujan lebat. Bos aku ajar pulak bancuh Ajinamoto dgn sebaldi air pastu simbah kat semak tu. Nanti lalalng2 tu mati. Aku rasa aku akan guna pakai cadangan bos aku tu dulu sbb aku rasa mcm tak memerlukan kudrat yg banyak dan modal pon sikit je.
So, petang ni kalau tak hujan, aku akan bereksperimen dgn ajinamoto dan semak. Tunggu apa resultnye nanti. Kalau ok, aku rasa aku nak campak je gunting rumput yg ade tu. Bangla & pakistan potong rumput pon aku tak nak bagi lalu depan umah. Huhuhuh...
Setahun
Assalamualaikum
Tetiba rasa nak blogging balik. Setahun blog ni terbiar sepi. Actually byk 'karangan' dalam draft tapi tak publish pun. Dalam tempoh setahun, tak banyak benda yang berlaku. Aku menjalani hidup macam biasa, macam orang lain. Ada jatuh bangun..hidup kan macma roda, mana boleh kat atas je. Kena la rotate do kat bawah jugak sesekali.
Dalam setahun, semestinya ada pertambahan umur. Walaupun bertambah tapi masih di angka 2...insyaAllah kalau dipanjangkan lagi umur tahun depan baru masuk angka baru, 3. Adakah diri terasa tua? Tak, cuma terasa agak dewasa walaupun dah lama aku jadi orang dewasa. Sebelum ni dewasa umur saja, sekarang ni terasa pemikiran tu dah dewasa sikit. Ambil masa yang lama sebenarnya untuk jadi betul2 matang. Mungkin dari segi angka nampak macam matang, dewasa. Tapi hakikatnya pemikiran, perilaku, perangai ambil masa yang lama nak matang.
Cukup la setakat ni dulu, nanti aku bercerita lagi. Tetiba otak berhenti nak mengeluarkan idea dan jari pun berhenti menaip.
Tetiba rasa nak blogging balik. Setahun blog ni terbiar sepi. Actually byk 'karangan' dalam draft tapi tak publish pun. Dalam tempoh setahun, tak banyak benda yang berlaku. Aku menjalani hidup macam biasa, macam orang lain. Ada jatuh bangun..hidup kan macma roda, mana boleh kat atas je. Kena la rotate do kat bawah jugak sesekali.
Dalam setahun, semestinya ada pertambahan umur. Walaupun bertambah tapi masih di angka 2...insyaAllah kalau dipanjangkan lagi umur tahun depan baru masuk angka baru, 3. Adakah diri terasa tua? Tak, cuma terasa agak dewasa walaupun dah lama aku jadi orang dewasa. Sebelum ni dewasa umur saja, sekarang ni terasa pemikiran tu dah dewasa sikit. Ambil masa yang lama sebenarnya untuk jadi betul2 matang. Mungkin dari segi angka nampak macam matang, dewasa. Tapi hakikatnya pemikiran, perilaku, perangai ambil masa yang lama nak matang.
Cukup la setakat ni dulu, nanti aku bercerita lagi. Tetiba otak berhenti nak mengeluarkan idea dan jari pun berhenti menaip.
Wednesday, April 4, 2012
Cantik
Nak cantik kena sakit ke?
Nak cantik kena habiskan duit banyak-banyak ke?
Cantik itu subjektif
Sukar untuk ditafsirkan secara literal
Aku sendiri entah dah berapa byk duit dilaburkan demi untuk menjadi cantik
Kadang-kadang give up bila hasil yang dapat tak seperti jumlah yang dilaburkan
Terkini, aku cuba Clinique 3 Step System
Seminggu pakai mmg kulit jadi matte dan tak berminyak
Masuk minggu kedua
Jerawat mula tumbuh kat dagu, dahi
Rasanya kali terakhir jerawat tumbuh byk2 kat muka aku, masa aku umur awal 20-an
Bila dah tumbuh jerawat yang besar dan sakit tu, aku jadi stress giler
Tak pasal2 kena nak cari ubat jerawat
Dah lama giler tak beli ubat jerawat
Pakai ubat jerawat pon x jalan gak
So, last resort
Semlm aku pi beli yogurt and sapu kat muka
Before this mmg aku slalu sapu yogurt kat muka
Pagi tadi aku bgn tdo, jerawat dah kecut dah
Sukeeeee
Pastu pagi tadi aku dah tak pakai Clinique tu
Sakit ati aku...mahal cam harom
Hasil pon cam harom..
Huh....benci...
Byk lagi tu...tak sampai suku botol aku guna
Tgk la kalau kulit dah stabil sket, aku pakai balik la Clinique tu
Cara aku pakai yogurt tu
Ambil sesudu yogurt, pastu sapu kat muka
Biar sampai kering lebih kurang 20 minit
Lepas tu basuh muka
Muka akan nampak cam cerah2 pastu gebu sket lepas cuci muka tu
Sbb benefit yogurt mask ni adelah untuk mencerahkan muka
Kalau sape yg kulit berminyak, bleh campur jus limau nipis sket (sket je..dlm 2-3 titis sbb nanti muka pedih kalau letak byk2)
For those yg firts time baru pakai yogurt sebagai mask, muka akan rasa mcm pedih2 gatal sket masa yogurt tu nak kering
Nanti bila dah lama2..ok la..
Pakai seminggu 2-3 kali je
Lepas pakai yogurt as a mask, pakai toner pastu moisturiser, serum dan ape2 je la yg rasa nak sapu kat muka tu
Cube la kalau sape yg rase nak jelita
Tapi aku tak la lagi jelita
Putih pon belum lagi
Agaknye 80 tub yogurt tu aku pakai baru putih muka aku
Sebelum aku lupe, sila pakai plain yogurt ye
Janga pulak pakai yogurt perisa strawberry ke, manggo ke,berries ke
Kang ada yg jilat muka tu...hew hew hew....
Kadang2 yang mahal tu tak semestinya hasilnya 'in' dengan kulit kita...
Kadang2 yg murah, yg ade dalam peti ais, kabinet dapor tu yg lagi 'in' dengan kulit kita
Nak2 kulit org kampung cam aku ni
Tuesday, April 3, 2012
Welcome back !
Setelah lama menghilangkan diri dari arena penulisan blog, aku rasa nak menulis lagi..banyak benda dalam kepala otak aku yang aku simpan tapi tak tau nak cerita kat mana. Diari? Disebabkan selalu sangat menulis blog, aku tulis diari pun macam tulis blog, so start hari ni aku ambil keputusan untuk kembali ke arena blogging..aku masih orang yang sama cuma nama blog dah berubah. My Bittersweet Life....yang manis dan pahit semua ada dalam ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)