Wednesday, April 24, 2013

Tetamu comel di pagi hari


Pagi-pagi lagi rumah dikunjungi tetamu yang comel. Nak kata rumah berhampiran dengan hutan simpan ke, pet farm ke tak jugak. Tapi pagi2 lagi rabbit comel ni dah datang bertandang rumah  kat rumah aku. Rabbit ni mesti ada tuan sebab bulu dia fluffy dan bersih. Ada luka sikit kat badan dia. Kesian dia...

Rumah aku ni mmg banyak haiwan suka lepak. Tapi haiwan yang comel2 belaka la. Kadang2 tupai, kucing tu jgn cakap la...mmg port dorang lepak kat umah aku ni siap boleh buang bayi kat umah aku (read : bayi kucing). The latest, rabbit comel ni. Lpas ni tgk pulak la spesis apa nak lepak umah aku, monyet ke, ungka ke, orang utan ke, rusa ke, pelanduk ke..mungkin boleh jadi santuari la kawasan umah aku ni.

Agaknye haiwan2 ni nampak umah aku ni macam habitat asal dorang sebab.........


Memamg dah mcm habitat asal dorang pon...dah lama tak potong rumput. Nak suh bangla potong, aku kedekut..mahal kemain..30 hengget. Baik aku gunting sendri. Cuma belum rajin lagi nak menggunting sbb skarang cuaca tak menentu, Petang hujan lebat. Bos aku ajar pulak bancuh Ajinamoto dgn sebaldi air pastu simbah kat semak tu. Nanti lalalng2 tu mati. Aku rasa aku akan guna pakai cadangan bos aku tu dulu sbb aku rasa mcm tak memerlukan kudrat yg banyak dan modal pon sikit je.

So, petang ni kalau tak hujan, aku akan bereksperimen dgn ajinamoto dan semak. Tunggu apa resultnye nanti. Kalau ok, aku rasa aku nak campak je gunting rumput yg ade tu. Bangla & pakistan potong rumput pon aku tak nak bagi lalu depan umah. Huhuhuh...


Setahun

Assalamualaikum

Tetiba rasa nak blogging balik. Setahun blog ni terbiar sepi. Actually byk 'karangan' dalam draft tapi tak publish pun. Dalam tempoh setahun, tak banyak benda yang berlaku. Aku menjalani hidup macam biasa, macam orang lain. Ada jatuh bangun..hidup kan macma roda, mana boleh kat atas je. Kena la rotate do kat bawah jugak sesekali.

Dalam setahun, semestinya ada pertambahan umur. Walaupun bertambah tapi masih di angka 2...insyaAllah kalau dipanjangkan lagi umur tahun depan baru masuk angka baru, 3. Adakah diri terasa tua? Tak, cuma terasa agak dewasa walaupun dah lama aku jadi orang dewasa. Sebelum ni dewasa umur saja, sekarang ni terasa pemikiran tu dah dewasa sikit. Ambil masa yang lama sebenarnya untuk jadi betul2 matang. Mungkin dari segi angka nampak macam matang, dewasa. Tapi hakikatnya pemikiran, perilaku, perangai ambil masa yang lama nak matang. 

Cukup la setakat ni dulu, nanti aku bercerita lagi. Tetiba otak berhenti nak mengeluarkan idea dan jari pun berhenti menaip.